1. Zulfadli (smartZul)
Mohd Zulfadli atau
lebih dikenali dengan panggilan SmartZul di kalangan pengusaha perniagaan
Internet berusia 29 tahun (2011). Beliau melakukan perniagaan Internet sejak
dari tahun 2005 lagi.
Walaupun kini beliau menetap di Kuala Lumpur, namun 90%
sumber rezekinya adalah dari seluruh pelusuk negeri Malaysia termasuklah dari
luar negara tanpa perlu bersemuka dengan para pelanggan. Inilah salah satu
kelebihan perniagaan Internet.
Setelah berkecimpung dalam bidang ini secara sepenuh masa
selama empat tahun, beliau memanjangkan langkah perjuangannya dengan berkongsi
ilmu, pengalaman dan kemahiran bersama rakyat Malaysia yang berminat dan serius
untuk membina perniagaan Internet mereka sendiri atau sekurang-kurangnya
menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
Antara usaha yang beliau lakukan adalah:
1. Menulis
secara aktif di blog (sejak tahun 2005 sehingga sekarang)
2. Menulis
ebook (percuma dan berbayar)
3. Aktif di
forum komuniti dan laman web sosial seperti Facebook
4. Menulis
buku (dalam proses penerbitan)
5. Konsultasi,
seminar, bengkel dan ‘personal coaching’ (berbayar)
6. Memberi
ceramah di IPT-IPT Tempatan
7. Menyertai
program-program ‘khidmat masyarakat’ (non-profit)
8. Program
Apprentice (latihan percuma tanpa bayaran tetapi tertutup)
9. Membantu
usahawan-usahawan internet yang sedang meningkat naik terutama yang mempunyai
potensi besar untuk berjaya.
10. Membuka
ruang soal jawab melalui emel dan juga blog.
Di antara bidang pengkhususan beliau dalam bidang Internet
Marketing adalah:
1. Blog
Marketing
2. Email
Marketing
3. Affiliate
Marketing
4. Teknikal
IT untuk Internet Marketing
5. Penerbitan
Produk Informasi
6. Facebook
Marketing
lagi info di –> http://blog.smartusaha.com/mengenai-smartzul/
2. Mohd Suhaimy (Shuth)
Nama penuh beliau
Mohd Suhaimy Abu Bakar, di internet, beliau lebih dikenali sebagai “shuth” (
disebut sebagai…shoot). Dan dengan nama tersebut, beliau telah menubuhkan
sebuah syarikat berasaskan perniagaan di internet yang diberi nama Shuth Network Sdn. Bhd.
Perniagaan di internet sejak tahun 2005. Antara perniagaan internet yang telah beliau
usahakan adalah seperti:-
WangCyber.com
- ini adalah sebuah website komuniti yang memfokuskan kepada topik “perniagaan
internet”. Website ini telah saya bangunkan sejak tahun 2005. Terdapat pelbagai
tips, perbincangan serta maklumat-maklumat terkini berkenaan perniagaan di
internet di kongsikan di website tersebut.
Sempoihosting.com
- menawarkan perkhidmatan webhosting dan nama domain mampu milik yang khusus
kepada masyarakat malaysia. Di sempoihosting, anda yang tentukan berapa harga
yang ingin anda bayar.
Maskahwin.com
– ini adalah sebuah website yang menjual buku panduan pengurusan kewangan yang
khusus untuk bakal-bakal pengantin. Jika anda nak kahwin, tapi tak tahu macam
mana nak kumpul duit untuk majlis perkahwinan anda.. dapatkan ebook ini.
RahsiaBlogger.com
– ini adalah merupakan website rasmi bagi buku fizikal tulisan saya bersama
saudara farid yang berjudul “Rahsia blogger”. Ia adalah sebuah buku panduan
yang menceritakan bagaimana anda boleh menghasilkan pendapatan menerusi blog
anda. Buku ini boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran anda atau boleh
juga didapati terus secara online di websitewww.rahsiablogger.com.
RahsiaKambing.com
– sebuah website yang menjual ebook panduan bagaimana memulakan pernternakan
kambing. Ebook ini telah ditulis oleh rakan saya , Mohammed Farid Sulaiman,
seorang penternak kambing yang berjaya.
Klikjer.com
– ianya merupakan sebuah sistem affiliate berpusat yang menawarkan pelbagai
info produk yang boleh dipromosikan oleh affiliate-affiliate di Malaysia. Ianya
adalah merupakan lubuk buat duit di internet untuk rakyat Malaysia yang ingin
menjana pendapatan sebagai seorang affiliate. Penulis-penulis yang ingin
menerbitkan karya mereka juga turut dialu-alukan untuk menghantarkan karya
ebook mereka ke website ini.
Selain menjalankan perniagaan di internet, beliau juga kerap
dijemput untuk memberikan ceramah dan taklimat berkenaan “Perniagaan Internet”
anjuran IPT serta pihak swasta.
Antaranya, seperti di UIA, Unisel, MSU, Kolej INPENS, Maktab Kerjasama
Malaysia, Institut Pembangunan & Pengurusan Johor, Persatuan Usahawan
Internet Malaysia dan sebagainya.
lebih info boleh ke blog peribadi beliau di –>
http://www.mohdsuhaimy.com
3. Ammar Zahar
Nama beliau Ammar
Zahar. Mungkin ramai yang sudah mengenali beliau namun pada yang masih belum
beliau merupakan salah seorang Usahawan Internet yang terkemuka di pasaran tempatan.
Di pasaran antarabangsa pula saya merupakan salah seorang ‘Super Affiliate’ .
Mungkin ramai juga yang telah tahu akan kejayaan yang telah
beliau kecapi namun tidak ramai yang tahu siapa beliau sebelum berjaya mencapai
kejayaan seperti sekarang dan bagaimana beliau melalui dan memperolehinya.
Pada sekitar tahun 2006, beliau merupakan seorang pelajar
biasa. Seorang yang kaki main game, huha sana sini, dan beliau sememangnya
bergantung harap hanya pada duit PTPTN.
Tetapi sekarang beliau telah berjaya menubuhkan sebuah
syarikat sendiri iaitu AmmarZahar sdn bhd. Beliau telah banyak menerbitkan
beberapa produk digital yang mempunyai branding name “Mania” antaranya:
DuitMania.com -panduan asas dan advanced bagaimana memulakan
perniagaan internet dan menjana pendapatan melalui internet.
FacebookMania.com – Panduan memulakan perniagaan dan
teknik-teknik berkesan untuk memasarkan sebarang produk di Facebook
SuksesMania.com – Video motivasi bagaimana beliau boleh
berjaya dan sukses dalam perniagaan internet ini.
zerokehero.com – panduan bagaimana anda yang dari zero
knowledge pasal internet marketing sehingga menjadi hero IM.
banyak lagi produk-produk lain yang telah di hasilkan oleh
beliau dan telah berjaya mengaut keuntungan lebih 4angka sebulan.
utk lebih info tentang Ammar Zahar –>
http://perniagaaninternet.com | http://ammarzahar.com
Facebook: http://www.facebook.com/Ammar.Zahar
4. MazlieNadzri
Mazlie Nadzri
merupakan internet marketer separuh masa.
Beliau mula aktif dalam perniagaan internet sejak awal
tahun 2006. Kemahiran beliau adalah menjana wang
menerusiprogram affiliate, pernah menjadi juara cabaran affiliate untuk produk
tempatan, menduduki top 10 cabaran affiliate, penghasilan produk sendiri dan
pemilik servis design minisitedan sistem affiliate.Beliau juga telah menulis 2
buah buku mengenai perisian Adobe Flash yang kini berada di kedai-kedai buku
yang berhampiran. Antara website milik beliau adalah:
http://www.mazlienadzri.com - blog perniagaan internet milik
beliau
http://www.virtualniaga.com - lamanweb servis design grafik,
untuk membantu parausahawan internet menghasilkan grafik untuk minisite,
ecover, banner, portal iklan dan lain-lain lagi
http://www.sistem-autoresponder.com - laman minisite yang
memasarkan sistem autorespon yang boleh di pasang pada hosting sendiri untuk
mengumpul email list. sesuai utk newbie yang ingin bermula kumpul list.
http://www.panduansistemaffiliate.com - Skrip dan panduan
memasang sistem affiliate lite yang banyak di gunakan oleh ramai IM untuk
membantu meningkatkan jualan produk digital di internet.
untuk maklumat lanjut tentang MazlieNazdri sila ke FBpage
beliau
–> https://www.facebook.com/IMMazlieNadzri
5. Rahman Basri
Rahman Basri adalah
merupakan seorang ahli pemasaran affiliate yang
disegani di Malaysia. Beliau kerap kali menjadi top
affiliate bagi setiap
cabaran/pertandingan affiliate yang disertainya.
Kepakaran beliau di dalam pemasaran affiliate, sememangnya
tidak dapat dinafikan lagi.
Selain aktif menjalankan pemasaran affiliate, beliau juga turut
menghasilkan
produk sendiri seperti:
Panduanemel.com - Panduan tentang pemasaran email,
SplitAffiliate.com - Teknik memasarkan produk affiliate yang
berkensan melalui medium Facebook, Forum dan Email. Beliau menerangkan secara
ringkas dan mudah untuk mempromosikan beberapa produk dalam masa yang sama.
dan yang terbaru SwipeCopy.com
beliau juga ada menganjurkan seminar/perconal coaching
mengenai affiliate dan pemasaran email bagi membantu sesiapa yang berminat
untuk menguasai teknik-teknik yang di gunakan oleh beliau sehingga pergelar top
affiliate.
jom selami kisah hidup beliau dalam menceburkan diri dalam
IM ini di sini –> video talk Rahman Basri di gathering wangcyber dan
interview beliau oleh majalahniaga diMajalahniaga.com
6. Jamaluddin Bahari
Jamaluddin Bahari
atau lebih dikenali sebagai JaMal-PakarEbook. Beliau telah melibatkan diri
dalam dunia perniagaan ebook di Malaysia sejak disember 2008 lagi.
Beliau melibatkan diri dalam perniagaan ebook ini setelah
mengalami masalah hutang kad kredit dan juga hutang-hutang peribadi lain yang
agak kritikal. Dengan semangat ingin bebas kewangan, beliau bertekad mencuba
nasib dalam perniagaan ebook dengan mula membeli panduan secara berhutang dari
kad kreditnya.
Dengan hasil untung RM60 pertama, beliau mengorak langkah
menjana income lumayan setiap bulan dengan perniagaan ebook. Dan ada ebooknya
menghasilkan jualan lebih RM125k hanya dalam masa 40 hari pelancaran.
Sejak itu beliau mendapat perhatian dari dunia perniagaan
internet Malaysia. Beliau juga pernah mengadakan bengkel pemasaran ebook di
IbuKota sepanjang tahun 2009 – 2011.
Antara ebook-ebook yang berjaya dihasilkan oleh beliau
seperti:
Rahsia Lulus temuduga kerja kerajaan, Emas-emas yang hilang,
Rahsia Affiliate Kerajaan, 3.0 Email Marketing, dan terbaru di lancarkan
semuala PakarEbookReborn
untuk info lagi mengenai beliau boleh ke blog beliau –
blogjamal.com dan tonton video perkongsian ini dari Jamal di wangcyber.
0 comments:
Post a Comment